Tempat Menarik Di Selangor

SA_Blue_Mosque

Selangor mempunyai kawasan seluas 8,000km persegi yang terbentang sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan saluran keluar di utara Selat Melaka. Kedudukan geografinya yang menguntungkan dan sumber semula jadinya yang banyak telah menjadikan Selangor negeri paling maju di Malaysia. Di samping itu, ia telah dinobatkan sebagai pintu masuk ke Malaysia kerana lokasinya yang strategik ke semua laluan pelancongan utama dengan adanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Port Klang (pelabuhan terbesar di Malaysia). Beberapa rangkaian luas lebuh raya dan laluan ekspress di Selangor pula menjadikan seluruh bahagian di Selangor mudah diakses.

Selangor begitu mempesona dengan pelbagai tempat yang menarik. Pusat bandarnya yang berkembang maju seperti Petaling Jaya, Subang Jaya, Sunway dan bandar diraja Klang melimpah ruah dengan kemudahan moden daripada institusi kesihatan terbaik, kolej antarabangsa hingga ke pusat membeli-belah terbesar dan pusat rekreasi. Destinasi menarik ini juga merupakan tempat acara sukan bertaraf dunia seperti Petronas F1, Grand Prix, dan Kejohanan Dunia Bot Kuasa F1. Pencinta sejarah akan terpesona dengan kegemilangan yang telah diraih oleh negeri Selangor ini yang mempamerkan kekayaan tarikan pelbagai budaya, tempat-tempat unik yang menarik, mercu tanda bersejarah dan hidangan masakan mewah. Selangor adalah tempat menarik untuk dikunjungi tanpa penghujungnya.

Sunway Lagoon

Sunway Lagoon adalah bekas lombong bijih timah yang telah diubah menjadi sebuah taman tema utama bukan sahaja di Selangor tetapi juga di Malaysia. Ia menarik ramai pengunjung disebabkan oleh pelbagai sukan air, restoran dan kemudahan rekreasi. Di sebelahnya terdapat sebuah pusat membeli-belah yang besar dan kompleks rekreasi yang dipanggil Sunway Pyramid (ini menambahkan lagi pelbagai aktiviti di Sunway Lagoon) beserta dengan Taman Peranginan Sunway Lagoon yang mewah.

Zoo Negara

Zoo Negara yang terletak di Jalan Hulu Kelang menempatkan sebanyak 4,000 jenis haiwan. Haiwan ini termasuklah ikan, burung, reptilia, dan mamalia. Tetamu boleh melihat haiwan itu pada jarak yang dekat dan pada masa yang sama menikmati persembahan singa laut, Orang Utan dan burung di Zoo Negara. Ia juga menyediakan beberapa kemudahan seperti restoran, keretapi mini dan tempat berkelah yang menghadap ke tasik bermain bot. Tetamu boleh juga mendapatkan lawatan pantas di sekitar Zoo Negara dengan menaiki kenderaan yang disediakan oleh Zoo Negara.

Mines Wonderland

Mines Wonderland adalah taman tema yang menarik dengan beberapa sukan air, tunggangan hiburan, rumah bersalji, restoran dan pelbagai kemudahan yang lain. Pada waktu malam, perarakan terapung bergemerlapan di atas tasik semasa cahaya laser akuamarin yang menakjubkan memberi persembahan yang menghiburkan dan memukau kepada tetamu. Mines Wonderland adalah tempat menarik yang popular bagi tetamu di setiap peringkat umur dan merupakan sebuah komponen Bandar Peranginan The Mines yang mempunyai kompleks membeli-belah, pusat pameran, pusat urusan perniagaan, dan dua buah hotel yang indah dan mengagumkan.

Litar Antarabangsa Sepang

Litar Antarabangsa Sepang dibina di atas tanah berkeluasan 260 hektar. Litar Antarabangsa Sepang menjadi terkenal disebabkan oleh perlumbaan Formula 1 di Malaysia. Ia juga popular di kalangan pemandu terkenal di peringkat antarabangsa kerana ia menyediakan trek perlumbaan paling mencabar di dunia. Di samping itu, ia juga menyediakan astaka besar berkembar bahagian depan untuk penonton untuk menyaksikan perlumbaan dengan penuh dan tidak terhalang.

Taman Tasik Shah Alam

Taman Tasik Shah Alam adalah taman buatan manusia. Di kawasan ini, terdapat juga pusat kebudayaan yang dipanggil Laman Budaya, Taman Tema Wet World Park, dan Galeri Shah Alam. Taman Tasik Shah Alam merupakan tempat kegemaran untuk menghabiskan waktu petang dan hari minggu bagi penduduk yang menetap di Shah Alam kerana pemandangannya yang indah. Setiap tahun, Taman Tasik Shah Alam akan menganjurkan beberapa acara tahunan antarabangsa seperti Pameran Orkid Antarabangsa dan Pertunjukan Bot Antarabangsa.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terletak di Kepong adalah 15km jauh dari Kuala Lumpur. Ia mempunyai muzium yang mempamerkan pelbagai jenis pokok yang boleh dijumpai di Malaysia. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia turut menyediakan kemudahan seperti tempat berjalan-jalan di bawah kanopi, muzium, empat laluan trek hutan, jambatan gantung untuk pejalan kaki, dan pokok dengan nama dilabelkan pada pokok itu.

Taman Templer

Taman Templer terletak sejauh 20km dari utara Kuala Lumpur. Ia mengandungi 500 hektar taman, di mana ia menjadi saluran hutan utama. Taman Templer mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan rama-rama, air terjun, monyet dan burung. Taman Templer menyediakan kemudahan seperti air terjun dan tempat berkelah untuk menarik kebanyakan pelancong untuk melawat Taman Templer.

Monumen & Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri

Monumen Negeri adalah gerbang besar yang mempunyai gambaran koleksi tulisan emas pada granit kelabu. Ia terletak sebelum Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Monumen Negeri ini popular di kalangan pelancong kerana pemandangannya yang indah.

Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri mengandungi bangunan 24 tingkat. Ia juga dikenali sebagai bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan dibina berdasarkan reka bentuk Bugis tradisional. Ia terletak di pusat bandar Shah Alam. Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri ini juga menempatkan pejabat Setiausaha Negeri dan pentadbiran kerajaan negeri yang lain.

Gerbang Kota Darul Ehsan

Gerbang Kota Darul Ehsan adalah monumen rasmi yang menandakan sempadan di antara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Gerbang Kota Darul Ehsan didirikan untuk memperingati penyerahan Kuala Lumpur kepada Kerajaan Persekutuan. Ia terletak di Lebuhraya Persekutuan di antara Kuala Lumpur dan Selangor. Ia adalah gerbang yang utuh dan ia mempunyai reka bentuk dengan gaya seni bina Moorish yang telah menjadi mercu tanda yang jelas. Di samping itu, ia mempunyai dua meriam purba yang diletakkan secara penuh adat istiadat di kedua-dua bahagian gerbang itu.

Muzium Orang Asli

Muzium Orang Asli adalah muzium yang menarik yang terletak di Jalan Gombak. Muzium ini mempamerkan koleksi artifak suku Orang Asli seperti barang porselin, lembing, sumpitan, dan patung kecil pusaka yang boleh dijejak kembali sejak 600 tahun lalu. Ia juga menyediakan pemandangan secara dekat budaya dan warisan orang asli (juga dikenali sebagai penduduk asal).

Air Terjun & Hutan Hujan Kanching

Air terjun & hutan hujan Kanching adalah taman yang indah berhampiran dengan Kuala Lumpur. Ia mempunyai urutan air terjun yang menawan, di mana pelancong boleh berenang dan mandi (dengan berhati-hati), berkelah, meredah hutan, dan menikmati udara segar yang bersih.

Taman Pertanian Malaysia

Taman Pertanian Malaysia di Bukit Cahaya Seri Alam adalah sebuah kompleks luas landskap taman bunga, plot pertanian, orkid, tasik dan hutan tebal. Pelbagai kemudahan untuk penginapan dan berkhemah turut disediakan beserta dengan laluan indah yang memberikan tempat penginapan yang menawan di seluruh kawasan.

Tempat Bersejarah Jugra

Tempat bersejarah Jugra pernah menjadi tempat pentadbiran kesultanan raja-raja lama dan ia adalah tempat yang tenang dengan pelbagai bangunan bersejarah yang menawan. Istana Bandar adalah tempat menarik yang dibina oleh Almarhum Sultan Alauddin pada tahun 1905 dengan ukiran kayu indah dan ia mengingatkan pelancong akan kekuasaannya pada waktu dahulu. Masjid Sultan Alauddin yang terletak di sebelah tempat bersejarah Jugra ini telah didirikan pada tahun 1932 tetapi seni bina Moorish klasiknya telah memberikan ia keindahan yang tidak makan dek zaman dan rupa yang mistik. Makam Diraja, Rumah Api Jugra dan puing-puing yang menyelubungi Istana Jugra adalah berbaloi untuk dilawat oleh pelancong.

Taman Hutan Negara

Pelancong yang sedang dalam perjalan ke utara dan melewati Rawang dari Kuala Lumpur perlu singgah sebentar di Taman Hutan Negara. Ia terletak di sebelah jalan utama sebaik sahaja melepasi Taman Templer dan mudah untuk dicari. Taman ini telah dirasmikan pada tahun 1993 untuk memperingati Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-14. Taman menarik ini diselebungi dengan hutan, taman landskap, tempat berkhemah, chalet, pancutan air, laluan meredah hutan, dan pelbagai kemudahan lain untuk pelancong menikmati keindahan alam semula jadi di Taman Hutang Negara.

Pulau Carey

Pulau Carey terletak berdekatan dengan tanah besar dan ia terkenal dengan komuniti penduduk asli yang dikenali sebagai Mah Meri. Mereka mengasimilasikan kehidupan mereka dengan pekerjaan di lading dan kebun yang berdekatan. Walau bagaimanapun, mereka masih mengekalkan budaya dan cara hidup yang unik. Selain pameran tarian dan muzik tradisional, Mah Meri juga dikenali dengan seni pahatnya yang mempunyai motif tersendiri yang dibentuk dari sejenis kayu paya keras yang dipanggil sebagai “nyirih batu”.

Posted in Info, Selangor