Tempat Menarik di Pulau Pinang

Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang terletak di barat laut Semenanjung Malaysia dan berhampiran dengan Selat Melaka. Ia adalah sebuah pulau yang kaya dengan warisan budaya dan mempunyai pelbagai tempat sembahyang, puing, muzium, kawasan hutan simpan, dan pantai indah. Di Pulau Pinang, percutian anda akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik termasuklah menerokai ceruk aneh dan menarik George Town, mandi di bawah sinaran cahaya terik matahari di salah satu pantai di Pulau Pinang, menjamu selera dengan makanan istimewa dari penjaja gerai di jalanan, dan berbelanja di pasar malam.

Pulau Pinang yang juga digelar sebagai ‘Pulau Mutiara’ mempunyai banyak tempat menarik yang harus dikunjungi pelancong dan menaiki beca untuk mengelilingi Bandar George Town yang telah disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO dan tempat-tempat yang lain pastinya akan menjadi lebih menarik. Antaranya;

IMG_1361-640x360

Bukit Bendera

Pada aras 821 meter di atas permukaan laut, pelancong Bukit Bendera boleh melihat gunung yang terletak di Langkawi dan utara Kedah pada waktu siang dan kemeriahan Bandar George Town pada waktu malam. Walaubagaimanapun, kebanyakan pelancong lebih gemar untuk menikmati kedinginan semula jadi, udara segar yang tidak tercemar dan pemandangan panoramik Pulau Pinang. Perjalanan dari kaki Bukit Bendera ke puncak mengambil masa selama 30 minit dengan menaiki kereta kabel yang direka oleh orang Swiss di Air Itam dan mengambil masa selama 3 jam mengembara berjalan kaki melalui Taman Botani.

DSC02674

Kota Cornwallis

Kota Cornwallis adalah kota terbesar yang masih kekal di Malaysia. Kota berbentuk bintang ini adalah struktur tertua di Pulau Pinang yang terletak berhampiran Esplanad dan Menara Jam Pulau Pinang. Ia menjadi pengalaman di luar realiti untuk mendengar 1812 Overture dimainkan pada sistem pembesar suara sementara seorang lelaki Malaysia mengenakan pakaian kebesaran British berdiri di pintu kota. Bahagian dalam Kota Cornwallis mempamerkan pelancong dengan sel penjara, berek, kawasan simpanan senjata, cahaya pelabuhan yang pernah digunakan untuk memberi isyarat pada kapal yang masuk, dan tiang bendera asal. Juga terdapat beberapa meriam tua bewarna gangsa termasuklah Seri Rambai.

senarai-tempat-pelancongan-penang

Jalan Pulau Pinang

Jalan Pulau Pinang adalah versi pulau Rodeo Drive di Hollywood dan kemungkinan jalan yang penting di Pulau Pinang. Di situ, terdapat beberapa restoran, tempat karaoke, kelab malam, kedai antik, butik fesyen, dan penjaja gerai di luar bar dan kelab. Berdekatan jalan ini adalah Lebuh Chulia, di mana pelancong boleh melihat pasar basah tempatan yang disukai ramai.

Screen-Shot-2013-10-04-at-8.18.15-PM

Muzium Perang Pulau Pinang

Muzium Perang Pulau Pinang di Bukit Batu Maung adalah kota yang dibina oleh British pada 1930-an. Pada 1941 ia telah mendapat kemasyuran apabila ia menjadi tempat peperangan untuk mendapatkan Pulau Pinang. Pada hari ini, ia menjadi muzium perang terbesar di Asia Tenggara. Selain itu, ia menempatkan artifak bersejarah seperti meriam dan turut mempamerkan terowong tentera bawah tanah dan bunker amunisi yang terletak 9 meter di bawah tanah.

batu-ferringhi-02

Pantai Batu Ferringhi

Pantai ini adalah sesuai untuk mereka melarikan diri dari kesibukan hidup seharian dengan menikmati pemandangan laut yang terbentang luas dan persisiran pantai yang indah. Apabila matahari terbit, pelancong boleh merasai keseronokan bermain Banana Boat, jet ski, dan menunggang skuter air. Bagi mereka yang menyukai sukan air ekstrem, mereka boleh mencuba paralayar untuk melihat pemandangan pantai di langit. Pada waktu malam, lokasi tumpuan pelancong ini akan dipenuhi dengan peniaga yang menjaja pelbagai barangan dan kedai makan yang membawa menu menyelerakan pengujung. Selain itu, pasar malam Batu Ferringhi turut menawarkan perhiasan kecil yang menawan termasuklah ukiran kayu, barang kemas yang diperbuat dari perak, pinggan mangkuk dan barang peragaan.

394325_10150862934251102_69

Muzium dan Galeri Seni Negeri Pulau Pinang

Bangunan ini dibina pada 1821 di persimpangan Lebuh Farquhar dan Lebuh Light berdekatan kawasan George Town. Ia menempatkan barang-barang berharga negara dan negeri seperti koleksi porselin Baba Nyonya, perabot, barang kemas, pakaian dan lapan catan minyak oleh Kapten Robert Smith. Muzium dan Galeri Seni Negeri Pulau Pinang adalah salah satu muzium terbaik negara pada hari ini dan boleh dibahagikan pada 2 bahagian iaitu pameran tetap dan sementara. Bahagian pameran tetap didedikasikan untuk komuniti sejarah Pulau Pinang serta peristiwa sejarah Pulau Pinang dan bahagian pameran sementara pula menempatkan hasil tangan artis tempatan dan galeri era penjajah yang mempamerkan ilmu pelayaran tradisional Melayu dan lukisan lama Pulau Pinang.

komtar2

Kompleks Menara Komtar

Menara Kompleks Tunku Abdul Rahman (Komtar) adalah menara bangunan tinggi 65 tingkat di tengah Bandar George Town yang menjadi tanda tempat penting di Pulau Pinang dan merupakan bangunan ke-6 tertinggi di Malaysia. Tingkat bawahnya adalah ruang runcit yang dipenuhi dengan butik tempatan dan pelbagai gerai yang menjual telefon bimbit, kedai membaiki dan menjual kamera dan komputer riba manakala tingkat atasnya digunakan sebagai ruang pejabat. Lawati tingkat ke-58 Menara Komtar untuk melihat pulau dan tanah besar Pulau Pinang.

Penang-Street-Food

Makanan

Pulau Pinang mempunyai reputasi terkenal di dunia sebagai negeri yang mempunyai makanan yang enak dan eksotik seperti makanan Haute dan makanan di jalanan. Di samping itu, makanan di Pulau Mutiara itu juga boleh dibahagikan pada beberapa jenis dengan setiap satunya dapat dikatakan menyumbang pada lambang pelbagai budaya yang tersendiri di negeri itu termasuklah Nyonya, Cina, India, Melayu, Barat, makanan laut, dan desert. Antara makanan yang perlu dicuba oleh pelancong di negeri itu termasuklah Char Kway Teow, Mee Hokkien, Sate, Asam Laksa, Cendol dan Pasembur.

Posted in Tempat Menarik Tagged with: , , , , , ,