Hotel Murah di Shah Alam

4104438353_5777539bb3_b

Shah Alam adalah sebuah bandar raya dalam negeri Selangor Darul Ehsan (Selangor) iaitu sebuah negeri yang paling maju dan paling banyak jumlah penduduknya di Malaysia. Ia mengelilingi sepenuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang telah dibina atas tanah milik Selangor suatu ketika dahulu. Pada hari ini, Selangor merupakan tempat perusahaan dan perdagangan terbesar negara selain menangung kesan pembangunan lebih daripada 100 tahun seperti perlombongan bijih timah yang telah meninggalkan banyak kesan pada negeri ini, namun kebanyakan penggalian yang terhasil telah dijadikan tasik untuk berekreasi atau digunakan untuk tujuan yang lain.

Masih terdapat kesan hutan hujan asal yang asli di beberapa tempat dalam negeri ini selepas ia dibersihkan pada suatu ketika dahulu, pertamanya untuk dijadikan sebagai ladang getah dan kemudiannya telah digantikan dengan pokok kelapa sawit atau digunakan sebagai tapak pembangunan. Walau bagaimanapun ia masih sebuah negeri yang masih belum diterokai sepenuhnya dan ia masih mempunyai banyak taman dan hutan simpan, selain hutan yang dilindungi bukit di sepanjang pinggir timur negeri ini.

Shah Alam mempunyai beberapa pusat membeli-belah termasuklah Plaza Alam Sentral, SACC, Plaza Shah Alam, Ole-Ole Seksyen 18, Anggerik, dan Kompleks PKNS. Di samping itu, semua jalan utama di Shah Alam termasuklah bandar baru seperti Setia Alam dan Kota Kemuning mempunyai papan tanda dengan namanya dipaparkan dalam tulisan Rumi dan Jawi. Pelancong atau individu yang berminat untuk melihat tempat menarik di Shah Alam boleh menginap di beberapa tempat penginapan seperti berikut;

 

248384_14022516390018456333Hotel De Art, Seksyen 7

Dikenali sebagai perintis hotel bertema seni di Malaysia, bilik tamu yang disediakan hotel butik penuh gaya ini mempunyai reka bentuk yang mengagumkam. Sama ada moden kontemporari atau imperial klasik hingga ke Mesir kuno, semua bilik tamu telah dihiasi dengan konsep unik untuk menarik hati setiap tetamu. Hotel De Art turut menyediakan pelbagai kemudahan bagi memastikan tetamu dapat merasai keselesaan sepenuhnya semasa menginap di sana. Hotel ini juga berdekatan dengan tempat menarik i-City, masjid biru, muzium, galeri, taman botani, taman pertanian, taman tema, pusat membeli-belah, dan sebagainya. Hotel ini adalah sesuai untuk tetamu dalam urusan perniagaan atau percutian dengan harga yang berpatutan.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

411490_14111116370023289905

Hotel Laman Seri, Sekyen 13

Hotel Laman Seri merupakan tempat penginapan menarik bagi pelancong yang berminat untuk melihat kawasan di sekeliling bandar raya Shah Alam. Di sini, tetamu boleh menikmati akses mudah ke beberapa tempat menarik yang lain dan tempat menarik sedia ada di kawasan penginapan mereka seperti Taman X-treme Shah Alam, Stadium Shah Alam, dan pasar raya besar Giant. Hotel ini menawarkan perkhidmatan terbaik dan pelbagai kemudahan seperti Wi-Fi percuma di setiap bilik tamu, meja sambut tetamu 24 jam, servis bilik 24 jam, tempat letak kereta, dan kemudahan mesyuarat bagi memastikan tetamu hotel mendapat keselesaan semasa penginapan mereka di situ. Di samping itu, tetamu boleh menikmati suasana santai padang golf, tempat kolam air mineral, tempat urut dan taman sepanjang masa mereka menginap di Hotel Laman Seri.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

433211_14122716490024187866Hotel GoodHope, Seksyen 13

Hotel GoodHope yang menawarkan tempat penginapan selesa di kawasan perniagaan, restoran, dan pusat membeli-belah Shah Alam merupakan pilihan popular bagi para pelancong dalam urusan perniagaan dan percutian. Hotel ini sejauh 15 km dari kemeriahan pusat bandar dan bertempat di kawasan tempat menarik seperti Pusat Akuatik Shah Alam, Stadium Melawati dan Tesco Shah Alam. Hotel ini menawarkan perkhidmatan yang baik dan kemudahan asas seperti Wi-Fi percuma, meja sambut tetamu 24 jam, tempat letak kereta, dan bilik keluarga bagi keselesaan para tetamu. Setiap bilik tamu di hotel ini telah dihiasi dengan menarik dan juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti akses internet wayarles, alat hawa dingin, meja, dan bar mini.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

290228_111108141050502Hotel Alami Garden, Pusat Bandar Shah Alam

Hotel Alami Garden yang terletak di Pusat Bandar Shah Alam merupakan pilihan popular para pelancong. Ia bertempat sejauh 7 km dari pusat bandar, di mana tetamu boleh melawat pelbagai tempat menarik dan melakukan pelbagai aktiviti. Selain menjadi tempat berehat dan bersantai, hotel ini terletak berdekatan dengan beberapa tempat menarik seperti Pusat Akuatik Shah Alam, Kelab Shah Alam, dan Stadium Melawati. Hotel Alami Garden menawarkan perkhidmatan baik dan kemudahan asas seperti Wi-Fi percuma di setiap bilik tamu, meja sambut tetamu 24 jam, kemudahan untuk tetamu kehilangan upaya, dan tempat letak kereta kepada para pelancong. Di samping itu, hotel ini turut menyediakan tempat berekreasi bagi memastikan tetamu hotel dapat memenuhi aktiviti lapang mereka di situ.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

234450_120813130734195Hotel Best View, i-city

Hotel Best View menawarkan tempat penginapan yang selesa dan perkhidmatan yang baik. Di sini, tetamu boleh mencuba akses mudah ke beberapa tempat menarik di bandar raya Shah Alam seperti SnoWalk, Pusat Membeli-Belah I-City, dan I-City Waterworld. Hotel ini turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti Wi-Fi percuma di setiap bilik, perlindungan 24 jam, pengemasan bilik tamu setiap hari, meja sambut tetamu 24 jam, dan tempat simpan bagasi. Di samping itu, semua bilik tamu memberi keselesaan kepada tetamu hotel dengan menyediakan tuala, tempat gantung baju, cermin, linen, dan akses internet wayarles.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

410433_14032015310018789495Hotel Roof Garden, Plaza Jelutong

Hotel Roof Garden yang terletak di kawasan perniagaan bandar raya Shah Alam menyediakan tempat penginapan yang paling sesuai kepada para pelancong untuk berehat daripada kesibukan harian. Hotel ini bertempat sejauh 30 km dari pusat bandar dan berdekatan beberapa akses mudah ke tempat menarik seperti Taman Pengembaraan Skytrex, Taman Pertanian Malaysia, dan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Hotel Roof Garden menawarkan perkhidmatan terbaik dan pelbagai kemudahan seperti Wi-Fi percuma, tempat letak kereta, servis penghataran ke lapangan terbang, dan bilik keluarga. Hotel ini juga menyediakan kemudahan berekreasi termasuklah padang golf, dan taman yang direka bentuk untuk para pelancong berehat dan bersantai.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

 

279370_111013092434495Hotel Butik Tree, I-City

Hotel Butik Tree bertempat di kawasan menarik Shah Alam untuk para pelancong melawat bandar meriah ini. Di sini, para pelancong boleh mencuba akses mudah ke beberapa tempat menarik di Shah Alam termasuklah SnoWalk, Pusat Membeli-Belah I-City, dan Waterworld I-City. Hotel ini menawarkan perkhidmatan terbaik dan pelbagai kemudahan yang berkualiti untuk keselesaan tetamu hotel seperti Wi-Fi percuma, servis bilik 24 jam, tempat letak kereta dan bilik keluarga. Sesetengah bilik tamu menyediakan almari pakaian, tuala, cermin, linen, dan akses internet wayarles. Di samping itu, terdapat juga beberapa tempat untuk berekreasi yang disediakan oleh Hotel Butik Tree.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

187090_15092914310036488524Hotel & Suites Carlton Holiday

Hotel moden, kemas dan sederhana ini bertempat di sebuah hutan hijau yang indah dan menawarkan persekitaran yang aman. Hotel ini juga sesuai untuk para pelancong yang berminat untuk mencari bilik tamu yang dihias indah sementara mendapat harga bilik tamu pada nilai yang hebat. Setiap bilik tamu telah direka dengan baik serta menampilkan reka bentuk dalaman yang cantik dan menjaminkan keselesaan sepenuhnya bersama dengan kemudahan terkini. Di samping itu, hotel ini mempunyai lokasi yang menjadi kemegahannya dan menawarkan akses mudah ke daerah komersial yang berkembang maju, kawasan membeli-belah berkualiti, dan restoran yang menyediakan makanan enak. Beberapa tempat menarik seperti Segitiga Emas, Pasar Cina, dan Sunway Lagoon merupakan tempat yang harus dikunjungi pelancong ketika di sana.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

503124_14101617560022783190Rumah Penginapan Setia (Setia Inn), Setia Alam

Setia Inn yang dibina pada tahun 2013 adalah sebuah tempat penginapan baru di Shah Alam dan merupakan pilihan yang bagus kepada para pelancong. Kemeriahan bandar raya Shah Alam terletak sejauh 15.8 km dari hotel ini dan beberapa tempat menarik seperti Pusat Membeli-Belah I-City, Waterworld I-City, dan Muzium Lilin I-City adalah antara tempat yang tidak jauh dari lokasinya. Di Setia Inn, setiap usaha dibuat untuk memastikan tetamu hotel mendapat keselesaan dengan menyediakan mereka perkhidmatan dan kemudahan yang baik.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

 

1121062_15103011510037302934Rumah Penginapan Pegasus (Pegasus Inn), Pusat Bandar Shah Alam

Pegasus Inn yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Shah Alam merupakan tempat sesuai untuk para pelancong melawat bandar ini. Di samping itu, hotel ini menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang baik bagi memastikan tetamu hotel mendapat keselesaan semasa mereka menginap di hotel ini. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah Wi-Fi percuma, pengurusan bilik setiap hari, mesin cetak, perkhidmatan teksi, dan kemudahan kerusi roda. Sesetengah bilik tamu di hotel ini menyediakan bilik tidak merokok, alat hawa dingin, televisyen LCD/ skrin plasma, kelengkapan dandanan diri, dan air botol percuma.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

Posted in Shah Alam