Hotel Murah Di Langkawi

Langkawi-Eagle-670x503

Langkawi atau secara rasminya diketahui sebagai Langkawi Permata Kedah adalah sebuah kepulauan yang terdiri daripada 99 buah pulau (tambahan 5 buah pulau sementara telah didedahkan di paras air yang rendah) di Laut Andaman. Ia terletak lebih kurang 30km daripada pantai tanah besar barat laut Malaysia. Dikelilingi dengan laut bewarna firus, kepulauan Langkawi mempunyai campuran sawah padi yang cantik dan bukit yang diliputi rimba. Ini menjadikan ia salah satu pulau dengan hutan hujan tropika yang menarik. Di samping itu, ia juga merupakan zon bebas cukai alkohol, rokok dan coklat namun pencinta alam pasti akan menjumpai pulau ini menenangkan mereka dengan pantainya yang dipinggiri dengan butiran pasir putih yang halus dan pokok kelapa yang bergoyang.

Pulau ini telah diiktiraf terutamanya sebagai pulau yang mempunyai tempat menyelam yang baik dan ia telah menyembunyikan pelbagai keistimewaan lain untuk dijelajahi oleh pelancong. Langkawi adalah tempat yang akan meninggalkan kenangan manis bagi mereka untuk kembali melawatnya selepas melihat keindahan Langkawi Underwater World sepanjang Pantai Cenang dan menaiki Kereta Kabel yang melambung tinggi di Pantai Kok. Bagi mereka yang ingin melancong atau mencari tempat penginapan murah untuk urusan perniagaan di Pulau Langkawi boleh mencarinya di beberapa hotel seperti yang berikut;

Hotel Fave

Hotel Fave yang terletak di Pantai Cenang, Langkawi merupakan hotel pertama seumpamanya di pulau ini yang menawarkan campuran gaya yang sempurna beserta dengan fungsi dan nilai yang baik. Pelancong bukan sahaja boleh menikmati pantai yang indah di hujung jari mereka tetapi juga pelbagai kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka semada berada di sini. Seluruh hotel ini mempunyai WiFi percuma dan juga bilik mesyuarat untuk memenuhi kehendak urusan perniagaan tetamu.

Motel Best Seven

Motel Best Seven mempunyai kedudukan strategik 5 minit perjalanan dengan kenderaan dari pekan Kuah dan dalam lingkungan 9 minit perjalanan dengan kenderaan ke Taman Hidupan Liar & Burung Langkawi  dan Galeria Perdana. Tetamu boleh menikmati bilik tamu yang bersih dan selesa dengan akses WiFi percuma di setiap bahagian. Tempat penginapan yang berpatutan ini juga berhampiran dengan beberapa tempat lain di Langkawi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi,  Dataran Lang, Pantai Cenang dan Langkawi Underwater World. Bilik tamu di Motel Best Seven dilengkapi dengan kemudahan penyaman udara, cadar linen bersih, bilik mandi peribadi dengan pancuran air panas, dan bidet. Walaupun motel ini tidak mempunyai restorannya yang sendiri tetapi terdapat sebuah restoran yang dipanggil Sri Cahaya di aras bawah motel ini.

Tempat Peranginan dan Kolam Air Mineral Aseania

Tempat peranginan Aseania mempunyai kedudukan yang strategik di sepanjang Pantai Tengah di Mukim Kedawang yang merangkumi 7.519 ekar kemudahan mewah dan kehijauan yang subur. Ia mempunyai 217 bilik tamu yang mempunyai kelengkapan penuh untuk memberi tetamu keselesaan kehidupan moden dengan keunikan daya tarikan yang aneh dan menarik Langkawi. Tiada satu saat yang membosankan di kolam renang Aseania yang mengagumkan. Tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai kolam renang yang terpanjang di negara ini, ia bergelimpangan sepanjang 154.4 meter dan mempunyai pelbagai kemudahan yang memukaukan seperti kolam yang berombak, kolam dengan tiang pancuran berbentuk cendawan, air terjun, Jakuzi, geladak matahari, ‘lazy river’, dan tempat meluncur orang dewasa dan kanak-kanak.

Hotel Citin

Hotel Citin yang terletak di pekan Kuah merupakan hotel yang baru diubahsuai dan ia menawarkan tempat penginapan yang bersih dan selesa pada kadar harga yang berpatutan. Setiap bilik tamu dilengkapi dengan penyaman udara dan mempunyai bilik air peribadi. Kemudahan tambahan termasuklah tempat menyambut tetamu dan keselamatan 24-jam, perkhidmatan kedai dobi dan bilik sarapan. Perkhidmatan Internet disediakan di ruang legar. Hotel Citin hanya 5 minit perjalanan dengan kaki ke pusat membeli-belah bebas cukai dan perjalanan pendek ke jeti tempatan. Ia juga hanya 20 minit perjalanan dengan kenderaan ke Pantai Cenang yang terkenal dan hanya 30 minit dari hotel ke Lapangan Terbang Langkawi.

Hotel Bayview

Hotel Bayview adalah hotel bertaraf 4-bintang yang terletak di tengah kawasan komersial pekan Kuah iaitu hanya 5 minit dari jeti, di mana kapal feri berulang-alik pergi dan balik ke tanah besar, dan 25 minit dari lapangan terbang. Lokasi utama hotel adalah sesuai untuk urusan perniagaan dan juga pelancongan. Di sini, pelancong akan dimanjakan dengan pelbagai makanan di pelbagai jenis restoran, pelbagai tempat membeli-belah, kedai cenderamata, gerai penjaja dan pasar malam (setiap hari Rabu & Sabtu) yang berdekatan dengan hotel ini.

Hotel Bahagia

Hotel Bahagia terletak berdekatan dengan bandar dan jauh dari kebiasaan. Ia menyediakan tempat penginapan pada harga yang berpatutan. Hotel ini berjaya mencapai kemunculannya buat pertama kali pada tahun 2009 dan mempunyai kedudukan yang strategik di pekan Kuah, dan juga berhampiran dengan pusat membeli-belah tempatan seperti kedai makanan Pizza Hut, restoran tempatan Teow Shoon Huat dan jeti. Hotel Bahagia menyediakan 160 bilik tamu yang mempunyai segala kemudahan kehidupan di bandar, dan juga mempunyai tempat penginapan dengan gaya terkini di mana ia menonjolkan bahagian dalam bilik tamunya yang selesa dan menyegarkan.

Hotel Altis

Hotel Altis adalah hotel yang tidak jauh dari lapangan terbang di Langkawi, ia merupakan pilihan terbaik untuk tempat penginapan dengan harga yang berpatutan di bandar. Ia hanya 5 minit perjalanan dengan kaki dari kawasan membeli-belah bebas cukai Kuah. Hotel ini mempunyai 41 bilik tamu dengan segala kemudahan seperti peralatan tempat tidur yang nyaman, sambungan Internet tanpa wayar percuma, dan bilik air peribadi untuk percutian yang menenangkan. Pelbagai kemudahan lain yang disediakan oleh Hotel Altis termasuklah pengangkutan ulang-alik ke lapangan terbang dan meja peyambut tetamu 24-jam yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada tetamu sepanjang masa.

Hotel Langkasuka

Hotel Langkasuka di Langkawi adalah hotel dua bintang yang bersambung dengan pusat membeli-belah Langkawi Parade dan hanya 10 minit perjalanan dengan kenderaan ke Jeti Kuah. Hotel ini mempunyai 168 bilik tamu dan suite dengan penyaman udara yang boleh dibahagikan pada empat kategori dan mempunyai kemudahan moden yang lengkap seperti TV dengan siaran kabel, WiFi percuma, telefon IDD, dan bilik air peribadi dengan kemudahan air pancuran panas dan kelengkapan dandanan diri. Bilik tamu juga disediakan dengan pilihan sepasang katil bujang, tiga katil berkembar atau katil bersaiz permaisuri, sementara pilihan unit yang lain mempunyai kawasan ruang tamu yang berasingan.

Hotel Ekspress Bella Vista

Hotel Bella Vista di Langkawi adalah hotel baru dengan nilai tiga bintang yang amat sesuai untuk keluarga yang ingin berjimat. Ia mempunyai 73 bilik tamu dengan bayaran yang tidak membebankan tetamu terutamanya apabila ia disediakan dengan pelbagai kemudahan seperti beranda yang menghadap kolam renang peribadi, penyaman udara, peti keselamatan elektronik, pancuran air hujan panas dan sejuk, bar mini, syampu, gel mandi, dan sabun beserta dengan kelengkapan dandanan diri, pengering rambut, set televisyen skrin rata pada dinding dengan siaran kabel, dan air botol mineral.

Motel Sunderland

Motel Sunderland adalah hotel dengan 34 bilik yang terletak di sepanjang Jalan Pandak Mayah di Kuah. Ia merupakan bangunan dengan nilai satu bintang yang memberikan tempat penginapan dengan kadar harga berpatutan yang popular dalam kalangan tetamu yang gemar berjalan. Setiap bilik tamu di Motel Sunderland adalah kontemporari dan dihiasi dengan warna palet kuning mustard, coklat dan putih, dengan lantai jubin marmar berkilat dan ruang yang luas walaupun ia hanyalah sebuah hotel yang menawarkan harga yang murah kepada tetamu.

Posted in Langkawi