Hotel Murah Di Kuantan

slider10

Kuantan merupakan ibu negeri Pahang (negeri ke-3 terbesar di Malaysia) dan merupakan bandar ke-9 terbesar di Malaysia. Lokasinya terletak berdekatan dengan muara Sungai Kuantan di dalam Wilayah Pantai Timur dan berhadapan dengan Laut Cina Selatan. Ia pesat membangun menjadi pusat komersial moden, namun masih mengekalkan daya tarikan semula jadinya yang unik. Kini, struktur bangunan moden tinggi wujud bersama secara harmoni dengan rumah kedai sebelum perang dan bangunan kolonial.

Kuantan meriah, bersih, dan diselang dengan tumbuh-tumbuhan hijau yang subur dan ini secara tidak lansung memberi bandar Kuantan suasana desa yang menyegarkan. Di samping itu, bandar Kuantan mempunyai pelbagai jenis restoran dan kedai makan terbuka yang menjual masakan tempatan yang enak. Pada waktu malam, bandar ini dhiasi dengan pelbagai gerai berwarna-warni yang menjual apa sahaja daripada kraftangan hingga ke perkakasan barang kemas dan hasil ladang di Teluk Cempedak.

Antara tempat menarik di Kuantan termasuklah Masjid Sultan Ahmad Shah yang memperlihatkan pelancong dengan kubahnya yang tersendiri, dan menara masjid dengan bayangan pastel langit biru dan pudina hijau yang tersergam indah di tengah-tengah bandar. Ia sekali gus menjadi tanda mercu terkenal kepada semua pelancong yang datang ke bandar. Ia juga berdekatan dengan tiga pusat membeli-belah moden dan kompleks pejabat seperti Kuantan Parade, Berjaya Megamall, East Coast Mall, dan Kompleks Teruntum.

Walau bagaimanapun, bandar lama Kuantan tidak hilang di tengah-tengah pembangunan baru. Berjalan-jalan di Jalan Besar dan kemungkinan besar untuk menikmati dengan jelas dan tajam aroma ikan dan sotong masin. Di seberang sungai (Tanjung Lumpur), ada beberapa gerai makan terkenal dengan makanan ikan bakar yang tidak boleh dilepaskan semasa melawat bandar ini.

Lawatan ke bandar Kuantan akan membawa pelancong melawat Pusat Kebudayaan di Jalan Teluk Sisek untuk melihat persembahan kebudayaan yang diadakan setiap minggu, Pusat Maklumat Pelancongan di Jalan Mahkota, kilang batik di Tanah Putih, dan Esplanad untuk melihat pemandangan sungai Kuantan dengan paya bakaunya yang luas dan bertentangan dengan tebing dan kesibukan jeti di bahagian yang lain. Justeru itu, pelancong atau individu yang berminat untuk melihat tempat menarik di Kuantan boleh menginap di beberapa tempat penginapan seperti berikut;

 

394561_120913133932692Hotel Signature, Jalan Berserah

Hotel Signature terletak di kawasan indah bandar Kuantan dan bertempat tidak jauh dari pantai, kawasan perniagaan, dan hab membeli-belah Kuantan termasuklah Berjaya Megamall dan East Coast Mall manakala lapangan terbang Kuantan hanyalah 40 minit sahaja dari hotel ini. Kemudahan dan perkhidmatan seperti Wi-Fi percuma, penjagaan keselamatan 24 jam, kedai runcit, pengemasan bilik tamu setiap hari, dan mesin faks yang disediakan oleh Hotel Signature menambahkan lagi kepastian kepada tetamu untuk mendapatkan penginapan yang selesa.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

287495_14112210370023542586Hotel Sentral, Bandar Kuantan

Hotel Sentral yang terletak di lokasi strategik bandar Kuantan direka khas bagi tujuan perniagaan dan percutian. Di sini, tetamu hotel boleh mencuba akses mudah ke semua tempat menarik yang ditawarkan bandar ini seperti Dataran Mahkota dan Kuantan Parade. Di Hotel Sentral Kuantan, perkhidmatan cekap dan kemudahan utama seperti Wi-Fi percuma, tempat letak kereta, bilik keluarga, dan perkhidmatan dobi disediakan oleh Hotel Sentral bagi memberikan keselesaan kepada tetamu hotel.

 

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

410152_15061112110029254070Hotel Rocana

Hotel Rocana adalah sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Ia mempunyai lokasi yang strategik untuk peniaga dan pelancong melawat beberapa tempat menarik di bandar ini, selain memberi keutamaan pada keselesaan tetamu hotel dengan kadar harga sederhana dan ini sekali gus menjadi pilihan popular para pelancong. Di samping itu, hotel ini mempunyai gaya moden dan kontemporari serta dilengkapi dengan perkhidmatan dan kemudahan standard di setiap bilik tamu hotel dan bilik majlis. Ia juga merupakan hotel yang menawarkan bilik untuk bermalam pada kadar harga yang menarik untuk korporat dan kumpulan sempena mesyuarat dan acara.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

235109_15072308560032844309Hotel M.S. Garden

Hotel M.S. Garden terletak di tengah-tengah bandar Kuantan dan di dalam kawasan komersial dan perniagaan. Ia merupakan tempat penginapan menarik dan menjadi mercu tanda menarik di kota. Peniaga yang menginap di hotel ini akan disediakan dengan kelengkapan lengkap bilik mesyuarat yang telah direka untuk mereka menjalankan urusan kerja mereka. Hotel ini juga menyediakan bilik bankuet untuk majlis perkahwinan dan untuk tujuan majlis yang lain. Di samping itu, tetamu hotel boleh menjamu selera di restoran Cina atau mencuba makanan dari kilang roti dan menikmati minuman kopi dan teh yang dibancuh segar di taman kopi.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

216180_14050709280019327494Hotel Zenith

Hotel Zenith adalah tempat penginapan bertaraf kelas perniagaan tinggi yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Ia berdekatan dengan kawasan perniagaan maju Kuantan, hab ICT, dan beberapa tempat menarik yang lain. Hotel perniagaan kelas pertama ini mempunyai 500 bilik tamu yang dilengkapi dengan kemudahan mewah bertaraf 5 bintang yang menjadi kebanggaannya dan tetamu hotel akan dijanjikan dengan perkhidmatan terbaik. Hotel ini juga mempunyai dewan dengan kapasiti 6,000 kerusi, dewan pameran terkini, bilik mesyuarat kelas pertama, dan kemudahan MICE yang mengagumkan. Di hotel ini, tetamu hotel boleh bersenam di gimnasium yang dilengkapi dengan kemudahan cemerlang atau dimanjakan dengan rawatan muka, rawatan urut, dan rawatan kaki di spa yang disediakan dalam hotel ini.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

10406_14071609180020286463Hotel Grand Continental

Hotel Grand Continental terletak di tengah-tengah bandar Kuantan dan berdekatan dengan pusat membeli-belah serta pengangkutan awam. Hotel ini merupakan sebuah tempat pelancongan dan perniagaan di tengah-tengah pantai timur dan pantai barat Malaysia. Hotel ini yang dihubungkan dengan blok pangsapuri menawarkan tempat penginapan yang selesa dan berpatutan kepada tetamu hotel jangka panjang. Di samping itu, ia mempunyai pusat kesihatan, kolam renang, dan restoran sebagai hiburan pengunjung hotel ini. Bagi mereka yang ingin melihat pemandangan Malaysia, hotel ini dekelilingi dengan kedai, restoran dan pasar basah.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

7777_14062414530020000916Swiss-Garden Beach Resort (Tempat Peranginan Pantai Swiss-Garden), Balok

Swiss-Garden Beach Resort terletak di permukaan pasir putih di Pantai Balok dan bertempat tidak jauh dari keindahan Pantai Timur Bandar Kuantan. Ia menyediakan 304 tempat penginapan mewah yang dilengkapi dengan kemudahan umum dan dikelilingi dengan alam semula jadi yang tidak tercemar. Ia juga bersepadan dengan kehijauan tropika yang subur dan air biru Laut Cina Selatan. Di sini, tetamu hotel disediakan dengan beberapa tempat makan, Jakuzi luar bilik, bankuet moden dan bilik persidangan.

 

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

72889_15082816130035295206Le Village Beach Resort (Tempat Peranginan Pantai Le Village)

Le Village Beach Resort adalah destinasi pilihan bagi penggemar sukan air dan pelayar yang terletak di Pantai Balok. Lokasinya yang strategic menjadikan tempat peranginan ini sebagai salah satu tempat popular luncur angin. Tetamu yang menginap di sini boleh melawat beberapa tempat menarik seperti Pulau Ular, Pusat Perlindungan Penyu, dan Air Terjun Pandan yang menakjubkan. Selain itu, tempat peranginan ini menyediakan lebih daripada 100 bilik tamu yang dilengkapi dengan gaya desa yang menghasilkan suasana yang tenang dan selesa serta beberapa kemudahan rekreasi termasuklah kolam renang, gelanggang tenis, taman perkhemahan, dan gelanggan bola tampar kepada mereka yang menginap di sini.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

161942_15022609460025611343Caribbean Bay Resort (Tempat Peranginan Caribbean Bay)

Carribean Bay Resort terletak tidak jauh dari bandar Kuantan. Ia menawarkan persekitaran segar dan tenang kepada tetamu yang menginap di tempat peranginan ini, selain berdekatan dengan salah satu taman air terbesar di Pantai Timur Malaysia. Ia menyediakan tempat penginapan terbaik yang dilengkapi dengan kemudahan moden dan sekali gus menjadi tempat terbaik bagi syarikat, sekolah dan institusi akademik yang mencari peluang untuk membentuk semangat berpasukan.

 

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

 

287083_15092309360036287916D’Embassy Serviced Residence Suites (Perkhidmatan Pangsapuri dan Suites D’Embassy)

D’Embassy Serviced Residence Suites yang dikelilingi dengan keindahan alam semula jadi merupakan tempat penginapan yang sesuai untuk percutian keluarga. Ia menawarkan tempat penginapan moden dan kontemporari yang dilengkapi dengan kemudahan tempat peranginan, bilik mesyuarat yang lengkap, dewan persidangan, kedai runcit, dan pusat bersenam yang lengkap. Bagi para pelancong, tempat penginapan ini menyediakan kolam renang, tempat mandi sauna, taman permainan kanak-kanak, taman rekreasi, dan kawasan untuk majlis barbeku. Rasai makanan menarik di Kafe Restoran D’Manja dan rasai pengalaman meredah hutan di Bukit Pelindung semasa menginap di sini dengan kadar harga penginapan yang berpatutan.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

Posted in Pahang