Hotel Murah Di Kuala Lumpur

KL-Skyline_Night_HDR

Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia dan merupakan salah satu kawasan metropolitan di Asia Tenggara dengan kepesatan penduduk dan ekonomi. Selain itu, Kuala Lumpur adalah rumah bagi bangunan berkembar tertinggi di dunia iaitu Menara Kembar Petronas yang kini telah menjadi simbol ikon pembangunan futuristik Malaysia.  Sejak 1990, Malaysia telah memainkan peranan sebagai hos untuk pelbagai permainan antarabangsa, politik dan kebudayaan termasuklah Sukan Komanwel 1998 dan pertandingan Grand Prix Formula Satu.

Pada suatu ketika, Kuala Lumpur (yang namanya diambil daripada hasil pertemuan sungai yang belumpur) hanyalah merupakan sebuah kampung kecil perlombongan bijih timah orang Cina yang sunyi sepi, dan pada hari ini ia telah menjadi sebuah bandar metropolis yang sibuk dengan kesesakan lalu lintas dan dihuni oleh pelbagai bangsa. Juga, terdapat pelbagai pilihan restoran menyediakan pelbagai jenis makanan yang bersesuaian dengan setiap peruntukan belanja individu di bandar itu. Justeru itu, pelancong atau individu yang berminat untuk melihat keindahan kota konkrit Kuala Lumpur boleh menginap di beberapa tempat penginapan seperti berikut;

 

Hotel Summer View, KL Sentral

186552_14051217020019390718Hotel Summer View terletak berdekatan dengan hab pengangkutan terkenal Stesen Sentral Kuala Lumpur yang menghubungkan 6 rangkaian perkhidmatan kereta api utama dan pengangkutan awam di Brickfields, Kuala Lumpur. Ini memberi akses mudah kepada pelancong untuk melawat pelbagai tempat pelancongan utama, pusat membeli-belah, tempat kebudayaan dan tempat menarik yang lain di Kuala Lumpur. Di Hotel Summer View, terdapat 98 bilik tamu yang dilengkapi dengan perabot menarik dan pelbagai kemudahan seperti unit penyaman udara kawalan jauh, bilik air berkembar dengan alat pemanas air, televisyen, servis telefon IDD dan sebagainya untuk memberikan pengalaman yang memuaskan kepada tetamu hotel.

 

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

Hotel Lantern, Petaling Street

907370_15082611350035080904

Hotel Lantern merupakan satu-satunya hotel butik murah yang terletak di tengah-tengah kesibukan pekan Cina (Chinatown) Kuala Lumpur iaitu di antara persimpangan Jalan Petaling dan Jalan Hang Lekir. Ia juga berdekatan dengan semua tempat pelancongan utama yang menarik dan hab pengangkutan seperti stesen kereta api LRT dan stesen bas Puduraya. Hotel empat tingkat penuh gaya ini telah direka bentuk oleh pemenang anugerah bangunan pejabat ZLG Design. Di Hotel Lantern, pelancong akan menemui kemewahan dan kemudahan hotel butik serta budaya yang menyeronokkan, suasana yang mesra, dan harga berpatutan sebuah hostel. Keistimewaan Hotel Lantern termasuklah laman dalam bangunan yang tenteram, teres luar bangunan yang meriah, Wi-Fi percuma, akses komputer percuma, tempat tidur yang selesa, alat hawa dingin, bilik air peribadi, dan sarapan yang menyelerakan.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

Hotel Geo, Pasar Seni – Petaling Street

301633_120329104513127

Hotel Geo yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur meninggalkan kesan yang penting kepada pelancong yang mempunyai kesedaran tinggi dalam membuat peruntukan perbelanjaan sama ada untuk perjalanan perniagaan atau pelancongan. Lokasi strategik hotel ini yang berdekatan dengan pekan Cina, Pasar Seni, Jalan Hang Kasturi, Stesen LRT Pasar Seni, KL Hop-On Hop-Off, dan stesen perkhidmatan bas ulang-alik percuma GoKL  juga menjadikan ia salah satu hotel yang sering dikunjungi pelancong. Di samping itu, Hotel Geo turut menawarkan kemudahan, peralatan tempat tidur yang selesa, bilik mandi hujan berkuasa, layanan mesra, dan servis yang baik.

 

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

Hotel Golden Palace, Bukit Bintang

294108_111221102523

Hotel Golden Palace merupakan sebuah hotel butik moden yang menawarkan tempat penginapan murah yang terbaik untuk dirasai pelancong pada harga yang berpatutan. Hotel ini terletak berdekatan dengan pusat perdagangan utama dan kawasan pelancongan Jalan Bukit Bintang. Ia juga mempunyai akses mudah pengangkutan awam dan ini membuat Hotel Golden Palace sebagai salah satu hotel murah yang sentiasa dicari di Kuala Lumpur. Bilik tamu hotel ini telah direka bentuk untuk memenuhi kehendak individu yang sering mengembara dengan memberikan perhatian terhadap keutamaan tertentu seperti keselesaan dan keselamatan tanpa memakan belanja yang banyak. Tetamu hotel akan dikenakan harga berpatutan bagi memberi mereka peluang membeli-belah di Kuala Lumpur.

 

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

Hotel SS City, Imbi

344635_14052914190019625509

Hotel SS City merupakan sebuah hotel murah moden yang dilengkapi dengan lebih 60 bilik tamu. Ia dibina dengan tujuan untuk menyediakan tempat penginapan pada harga berpatutan dengan jaminan kualiti dan kemudahan ringkas kepada pelancong di Kuala Lumpur. Ini sekaligus memperkembangkan lagi sektor pelancongan negara Malaysia. Lokasi strategiknya di tengah-tengah Golden Triangle Kuala Lumpur dan di sebelah salah satu kawasan membeli belah yang sangat sibuk iaitu Berjaya Times Square membuatkan ia menjadi pilihan ramai pelancong. Terdapat pelbagai hiburan untuk setiap orang berseronok seperti membeli-belah, melawat tempat, makan minum, hiburan malam hari, dan banyak lagi. Melawat persekitaran Kuala Lumpur menjadi mudah kerana hotel ini berdekatan dengan Stesen Monorel Imbi Kuala Lumpur serta perhentian bas dan teksi.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

Hotel Agora, Bukit Bintang

412524_15070914500031961965

Hotel Agora yang dibina pada tahun 1994 dan baru diubahsuai pada tahun 2013 menambahkan lagi warna pada latar langit Kuala Lumpur. Di sini, pelancong boleh mencuba akses mudah ke beberapa tempat yang menarik seperti Menara Kembar Petronas, Pavilion, tempat makan Jalan Alor, Stesen Monorel Bukit Bintang, dan Plaza Bukit Bintang. Kemudahan dan servis yang disediakan oleh Hotel Angora menambahkan lagi kepastian kepada tetamu hotel untuk mendapat tempat tinggal yang menyeronokkan. Tetamu hotel juga boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti penyambungan Wi-Fi percuma, servis bilik, peti deposit keselamatan dan bilik mandi hujan. Di samping itu, hotel Agora turut menawarkan kemudahan rekreasi dan sekaligus menjadikan ia sebuah tempat penginapan yang perlu dikunjungi pelancong.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

Hotel D’ Garden, Bukit Bintang

177990_14062615260020049747Hotel D’ Garden menawarkan 72 bilik nyaman dan selesa yang terletak dalam pinggiran Kuala Lumpur bersama-sama dengan kompleks membeli-belah popular dan pusat hiburan malam di Golden Triangle. Pelancong yang mengambil keputusan untuk bercuti di Kuala Lumpur boleh mengharapkan tempat penginapan yang menyeronokkan daripada hotel ini, di mana mereka akan di layan dengan baik dan juga servis yang akan membuat lawatan mereka seperti berada di rumah. Hotel D’ Garden turut menawarkan tempat penginapan pada harga yang berpatutan tanpa mengabaikan keselesaan tetamu hotel dan juga turut menyediakan kemudahan moden. Di samping itu, bilik tamu Hotel D’ Garden dibina bersesuaian dengan kehendak pelancong sama ada dalam urusan perniagaan atau percutian.

 

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

Hotel Soleil, Changkat Bukit Bintang  

10415_15012311460024791210

Hotel Soleil terletak berdekatan kawasan menarik Changkat Bukit Bintang dan tempat makan Jalan Alor. Di samping itu, hotel ini juga berada berdekatan dengan akses mudah rangkaian pengangkutan awam Stesen Monorel Bukit Bintang yang membolehkan pelancong bergerak bebas ke tempat menarik yang lain seperti Menara Kembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, pekan Cina, dan Pasar Seni. Hotel Soleil menawarkan bilik tamu yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuklah televisyen dan alat hawa dingin, serta turut menyediakan kemudahan lain seperti kolam renang di atas bumbung, dua restoran yang menawarkan hidangan tempatan dan majlis makan minum barbeku, dan pusat bisnes untuk kegunaan pelancong korporat.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

 

Hotel Sentral , KL Sentral 159263_14081915420021324022

Hotel Sentral yang terletak berhadapan dengan KL Sentral merupakan sebuah tempat penginapan menarik untuk pelancong yang menginginkan akses mudah seperti monorel dan rangkaian kereta api ekspres ke beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur seperti KLCC, Berjaya Times  Square, dan Bukit Bintang. Mereka yang ingin mencuba makanan tempatan juga boleh membuat perjalanan ke pekan Cina dan pekan India di Kuala Lumpur dengan mudah. Hotel Sentral juga menyediakan pusat bisnes 24 jam di sebelah tempat menyambut tetamu yang dilengkapi dengan 2 bilik mesyuarat dan akses Internet serta restoran makanan fusion dan bistro popular. Walaupun ia hanyalah hotel bertaraf 3 bintang, bilik tamunya dilengkapi dengan televisyen skrin rata berukuran 32 inci berserta siaran kabel, Wi-Fi percuma, dan peti deposit keselamatan elektronik.

Screenshot 2016-01-22 12.17.34

Posted in Info Tagged with: , , ,