Hotel Murah di Krabi

Krabi adalah permata Lautan Andaman yang mempunyai pelbagai landskap menarik seperti cenuram batu kapur yang menakjubkan, air terjun yang menyegarkan, permukaan dasar air yang mempersonakan, dan pulau-pulau yang indah seperti Koh Phi Phi, Koh Jum dan Koh Lanta. Ia juga menawarkan pelbagai aktiviti seperti memancing, selam skuba, dan merentas hutan kepada pelancong di beberapa Taman Negara Thai, dan 130 buah pulau miliknya. Selain menjadi tempat tumpuan para pelancong dengan pelbagai aktiviti untuk dilakukan di Krabi, ia merupakan tempat yang dilengkapi dengan kemudahan dan pengangkutan yang akan sering membantu para pelancong di sana.

Di samping itu, Krabi mempunyai pelbagai juadah makanan untuk dirasai pelancong antaranya termasuk makanan di jalanan dan tempat makanan yang eksotik. Oleh sebab itu, ia tidak menghairakan apabila Krabi menjadi tempat yang sesuai kepada semua orang untuk dijadikan sebagai tempat bulan madu, persaraan, atau pengembaraan. Antara beberapa tempat penginapan yang terdapat di Krabi untuk kemudahan pelancong termasuklah;

Tempat Peranginan Front Bay Krabi

Tempat Peranginan Front Bay Krabi adalah tempat peranginan yang baru dibina di bandar Krabi dan ia terletak berdekatan Ao Nong-Nuch Bay yang menawarkan pelancong dengan pemandangan indah kawasan paya bakau Koh Klang di Lautan Andaman. Konsep tempat peranginan Halal yang unik ini mempunyai kombinasi tradisional Morocco dan perhiasan gaya Selatan Thai moden. Tempat peranginan ini menyediakan 82 bilik yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan penuh gaya dan setiap satunya mempunyai beranda peribadi. Tetamu di tempat peranginan mewah ini boleh menikmati pelbagai kemudahan terbaik dan menguntungkan mereka seperti laman persekitaran, Restoran Halal, kemudahan dan bilik mesyuarat, kolam renang, dan bar. Selain itu, tempat peranginan Front Bay Krabi terletak berdekatan beberapa tempat pelancongan, Lapangan Kapal Terbang Krabi, Bandar Krabi, Pantai Ao Nang, Lapangan Kapal Terbang Phuket, dan beberapa restoran makanan laut.

Hotel Butik Tairada

Hotel Butik Tairada terletak di jalan utama Bandar Krabi dan ia menawarkan gaya dan kemudahan moden kepada pelancong. Setiap biliknya telah dihiasi dengan cara tersendiri dan kesemuanya menyediakan ketenangan wahah di tengah-tengah lokasinya. Hospital antarabangsa baru Krabi dan kehidupan malamnya juga terletak berhampiran hotel ini. Pantai yang berdekatan, Ao Nang hanyalah 30 minit perjalanan dengan memandu dari hotel ini dan ia menawarkan pelbagai makanan mewah gaya barat untuk mereka yang merindukan kampung halaman. Railay iaitu salah satu daripada lokasi pantai utama Thailand terletak tidak jauh dari jeti Krabi yang boleh diakses dalam masa satu hari pergi dan balik. Di Bandar Krabi, ia menyediakan pelbagai rasa masakan untuk memuaskan hati pelancong dan juga mempunyai kehidupan malam yang menarik di Chao Fa Road.

Hotel Sleep Whale

Hotel Sleep Whale adalah rumah tamu moden yang baru dibina di Bandar Krabi iaitu ibu kota yang menawan Daerah Krabi di selatan Thailand. Indah dan menarik, hotel ini menyediakan 37 bilik tamu yang bergaya dengan alat penyaman udara pada harga yang berpatutan. Bilik tamu di hotel ini juga menonjolkan pelbagai kemudahan seperti televisyen satelit, peti sejuk, talian Wi-Fi, tempat simpanan, pengering rambut, dan beranda peribadi. Hotel Sleep Whale adalah tempat penginapan yang sesuai untuk pelbagai para pelancong.

Hotel Butik Thip Residence

Hotel Butik Thip Residence telah dibina dengan gaya kolonial kontemporari dan ia terletak berdekatan kawasan Ao Nam Mao yang tenang dan terpencil, tanah perkuburan terkemuka Shell Krabi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi. Bilik tamu di hotel ini mempunyai pemandangan laut atau kolam renang yang boleh dipilih pelancong. Di samping itu, hotel ini menawarkan tempat penginapan selesa dan bergaya dengan kemudahan seperti alat penyaman udara, televisyen satelit, dan talian Wi-Fi untuk mereka yang mencari tempat penginapan tropika pada harga yang berpatutan.

Just Fine Krabi

Just Fine Krabi mempunyai kedudukan strategik di atas tebing Sungai Krabi. Ia terletak berdekatan dengan pusat bandar Krabi yang mempunyai tempat makan, dan tempat membeli-belahnya yang tersendiri. Krabi adalah daerah yang menawan dan ia mampu mengekalkan alam semulajadi dan suasana yang menyenangkan walaupun ia pesat membangun di penghujung 80-an. Gaya seni bina bangunan di kawasan pusat bandar dipengaruhi dengan gaya pertengahan abad ke-20 USSR tetapi ia tidak diselebungi dengan perasaan yang menyedihkan di era itu. Hotel ini dibina dalam bangunan yang telah diubah suai dengan cantik dan ia mempunyai gaya kontemporari bilik tamu berwarna putih yang dilengkapi dengan alat penyaman udara dan dicat dengan pelbagai warna yang menarik.

U Residence Krabi

U Residence menawarkan tempat penginapan gaya kolonial di Krabi dengan akses yang mudah ke beberapa tempat menarik di sana. Di samping itu, ia menawarkan perkhidmatan yang cekap dan pelbagai kemudahan penting kepada para pelancong. Privasi tetamu hotel, keselamatan peribadi, jaminan keselesaan sepenuhnya, dan kehendak individu menjadi sumber aspirasi bagi hotel ini. Antara kemudahan hotel yang boleh dinikmati tetamu hotel U Residence termasuklah mesin pengeluaran wang automatik, bar, dan kedai kopi. Setiap bilik tamu hotel telah dihias indah dengan perabot kayu jati Thai dan beranda peribadi dengan pemandangan sungai Bandar Krabi yang mempersonakan. Hotel U Residence turut menawarkan kemudahan rekreasi seperti taman dan spa bagi memenuhi waktu tetamu hotel ketika mereka menginap di sana.

Tempat Peranginan Cliff View Ao Nang

Tempat Peranginan Cliff View Ao Nang merupakan bangunan banglo dan villa yang selesa di dalam kawasan kaki bukit batu kapur yang tinggi berhampiran Pantai Ao Nang yang indah dan menawan. Ia juga terletak tidak jauh dari beberapa tempat menarik seperti pantai, restoran, dan pusat membeli-belah yang menjadikan Ao Nang sebagai destinasi percutian yang popular di Daerah Krabi. Lokasi yang masih diliputi dengan kehijauan dan memberikan ketenangan milik tempat peranginan ini membuat ia menjadi sebuah tempat yang sesuai untuk menikmati alam flora yang asli dengan kemudahan tempat penginapan yang selesa.

iCheck Inn Krabi

iCheck Inn terletak di antara dua pantai yang indah dalam Daerah Krabi Thailand iaitu Nopparat Thara dan Ao Nang. Kedua-dua pantai mempunyai jaraknya yang tersendiri dari hotel ini dan ia masing-masing mempunyai suasana yang berbeza. Antara suasana itu termasuklah keindahan pasir di sepanjang pantai Nopparat Thara dengan beberapa restoran dan bar manakala Ao Nang merupakan bandar tempat peranginan yang popular dengan beberapa tempat makan, pusat membeli-belah, dan ia mempunyai suasana kehidupan lewat malam. Bangunan hotel moden ini turut menawarkan 46 bilik tamu yang luas dan indah dengan kemudahan seperti televisyen kabel berskrin rata, bilik air peribadi, peti keselamatan, dan cerek elektrik.

Tempat Peranginan Areetara

Tempat Peranginan Areetara menyediakan tempat penginapan moden dengan pelbagai kemudahanan. Ia terletak berdekatan dengan Pantai Nopparattara yang popular dan ini membuat ia tempat peranginan yang sesuai untuk penginapan bagi pelbagai percutian. Bilik tamu hotel ini dihias dengan indah dan dilengkapi dengan kemudahan moden seperti televisyen dan telefon talian terus antarabangsa. Kolam renang di hotel ini sesuai untuk tetamu hotel bersantai dan berehat di bawah tempat yang teduh sambil meghirup air koktel dari bar yang berdekatan. Tempat Peranginan Areetara turut menawarkan restoran yang menyediakan makanan masakan antarabangsa dan Thai tetapi lebih khusus pada masakan makanan laut yang ditangkap setiap hari oleh nelayan tempatan di sana.

Hotel Heritage

Pantai, kedai membeli-belah, dan restoran yang berdekatan dengan Hotel Heritage merupakan sebahagian daripada tempat popular di Krabi. Hotel Heritage yang terletak di Pantai Ao Nang menyediakan kolam renang, dan bot panjang ke Pantai Railay kepada tetamu yang menyukai aktiviti lasak seperti memanjat batu. Tetamu hotel yang lebih menyukai sukan air boleh memilih untuk melakukan selam skuba atau berkayak. Lawatan ke pantai fosil dan pelbagai pulau di sekeliling kawasan hotel seperti Koh Phi Phi turut disediakan oleh Hotel Heritage. Di samping itu, Hotel Heritage juga mempunyai restoran yang menyediakan makanan Thai dan Eropah.

Posted in Thailand